Skip to main content

mabuk, a poem.

 

aku mahu mabuk

agar kepala kau

bisa aku tebuk

dengan kata nista

yang tajamnya

lebih dari apa


aku mahu mabuk

dan jejakku 

dipadam syaitan

untuk kau telan

ubat kelatmu perlahan


aku mahu mabuk

dan merobek

kulit rahsia

dengan rakusnya

biar kau tahu

yang jijik itu baju

bukan kalbu


aku mahu mabuk

senang - 

kepala kau kupukul

leher kau kucekik

ditelinga kubisik -

rasa kita sama

cuma dengan mata

cuma dengan hati

cuma buta mata

kau buta hati


-R, 21; 

yang kurik itu kundi, 

yang merah itu saga, 

yang dekat itu kanti,

lebih dekat itu...




Comments

Popular posts from this blog