_*KISAH IMAM AHMAD, PENJUAL ROTI DAN ISTIGHFAR*_
_Suatu ketika Imam Ahmad bin Hanbal pergi bermusafir lalu apabila malam menjelma beliau singgah disebuah masjid dalam satu perkampungan bertujuan merehatkan badannya._
_Namun penjaga masjid yang tidak mengenali Imam Ahmad tersebut tidak membenarkan beliau berehat di masjid itu walaupun telah beberapa kali diminta dan dirayu oleh Imam Ahmad._
_Imam Ahmad akur lalu beliau beredar dari masjid tersebut._
_Sebaik berada di luar masjid, Imam Ahmad telah bertembung dengan seorang penjual roti yg sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya._
_Si penjual roti menyapa Imam Ahmad dan mereka berbual seketika. Setelah mengetahui kisah Imam Ahmad yg telah tidak dibenarkan berehat di masjid, maka penjual roti itu tadi terus mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam di rumahnya._
_Sesampai sahaja mereka di rumah penjual roti tadi, beliau terus melayan Imam Ahmad selayaknya sebagai seorang tetamu. Dihidangnya makan dan minum serta mereka berbual seketika tanpa dia mengetahui bahawa tetamunya itu seorang imam yg hebat iaitu Imam Ahmad bin Hanbal. Selesai berbual, si penjual roti bangun dan menunjukkan tempat tidur utk Imam Ahmad berehat... kemudian dia pun meminta diri kerana perlu menyiapkan rotinya yg akan dijual keesokan hari._
_Imam Ahmad memerhatikan sahaja si penjual roti yg berhati mulia itu melaksanakan pekerjaannya dari awal hingga dia siap membakar rotinya._
_Ada sesuatu yang benar² menarik perhatian Imam Ahmad, sepanjang melakukan pekerjaan membuat roti, si penjual roti tidak putus² melafazkan istighfar di bibirnya. Sementara tangan si penjual roti ligat membuat kerja, bibirnya pula dibasahkan dengan istighfar tanpa henti dan tanpa jemu._
_Lantas Imam Ahmad bertanya kepada si penjual roti :_
_"Aku melihat engkau melaksanakan pekerjaanmu sambil melafazkan istighfar tanpa henti. Apakah sudah lama engkau mengamalkan yang sedemikian? Apakah pula hasilnya yg engkau dapat?"_
_Jawab si penjual roti :_
_"Itulah amalanku (istighfar) telah sekian lama aku lakukan tanpa henti dan tanpa jemu."_
_"Dan faedah yg aku dapati daripada amalanku itu, tiada satu pun doa yg aku pohon kepada Allah melainkan akan diperkenankan oleh-NYA. Melainkan satu sahaja hajat dan doaku yg masih belum Allah berikan."_
_"Apakah hajatmu yg masih belum diperkenankan Allah itu?" tanya Imam Ahmad lagi._
_Jawab si penjual roti:
"Aku sangat berhajat utk bertemu dengan imam yg hebat di zaman ini iaitu Imam Ahmad bin Hanbal."_
_Terkejut dan terkedu Imam Ahmad mendengar jawapan si penjual roti. Lantas beliau berkata :_
_"Rupanya ini semua perancangan Allah yg sgt hebat. Saya tidak dibenarkan berehat di masjid kerana untuk datang ke sini demi memenuhi doa dan permintaanmu."_
_"Apakah maksudmu wahai tetamu yg aku muliakan?" tanya si penjual roti dgn penuh kehairanan._
_"Akulah Imam Ahmad bin Hanbal yg kau doa dan pohon pada Allah utk bertemu." jawab Imam Ahmad dengan linangan air mata._
_Subhanallah..._
_Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud :_
_"Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah), nescaya Allah menjadikan baginya pada setiap kesedihannya jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka².”_
_(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)_
wallahuaklam.
follow me in my social media.
ig : reihannashamsul
facebook : art & craft accessories
google+ : Raihana Shamsul
youtube channel (dulu jer. sekarang dh wasalam π) : NiceGirl CraftyCreation

Comments
Post a Comment