Skip to main content

قَلِيلًا مَا تَشْكُرُونَ 😢

" قَلِيلًا مَا تَشْكُرُونَ "

" qaliilamm maa tashkuruun " bacaan Fatih Seferagic yang lantang dan merdu, yang bermaksud ; " hanya sedikit sahaja yang bersyukur " masih bermain2 ditelinga & fikiranku. aku berfikir, aku rasa bahawa aku sering tidak "berterima kasih" pada Tuhan yang maha Pemurah. :"

Celakalah aku! yang hidup dalam keadaan sombong. Apa kau tidak memikirkan 'sebahagian yang lain' ?? apakah kau terlalu sibuk memikirkan yang diri kau hanyalah si penipu diri sendiri?  sudah cukup besarkah dikau , mampu untuk mengatasi perkara sebegitu? cukuplah. janganlah kau sombong di Bumi Allah ini! Fikirlah Dia, fikirlah Akhirat, Fikirlah Qiamat..

" Tidak, wahai diriku. "

Aku menghadiri Jamuan Hari Raya bersama-sama keluargaku di Pulau Indah. Acaranya amat bagus, makanan-makanannya juga enak-enak enak-enak belaka. Ada "band" Qasidah, ada Sate, juga, cabutan bertuah. Tidak dilupa, program ini 'namanya' Raya, jadi mestilah ada duit Raya! -riang hatiku berbicara. Jamuanny bermula dari 'lepas' Subuh hingga pukul 1 tengahari.

Ceritanya begini, apabila semua acara selesai sudah, makan sudah, minum sudah, ber"qasidah" sudah, bercabutan bertuah sudah, dapat duit raya juga sudah!!, terdapat beberapa keluarga yang baru sampai. jadi, si pengacara yang petah berbicara menanyakan mana tahu, mungkin ada kanak-kanak yang masih belum memiliki duit Raya. ditangannya hanya 3, sampul duit Raya. dia berkata " ade siket je nih. Cume yg kecik2 je lah ye. yg xdpt, mintak maaf bnyak2 ye. ". akhirnya 2 orang kanak-kanak lelaki yang mungkin berusia 4 tahun datang kedepan untuk mengambil 'hadiah' tersebut. Hadiah tinggal satu, sapa cepat dia dapat ya, cikupang! kurang 5 saat, si pengacara terus men"cop" kanak-kanak yang bakal memiliki duit tersebut.

pada masa yang sama, ada seorang kanak-kanak lelaki yang mungkin berusia 6 - 10 tahun datang kedepan untuk bersalaman duit raya. si pengacara melantangkan suaranya, " yaa. adik kecik kat sana.. nanti ambil ya  duit raya. ". kemudian berkata, " maaf dik, duit raya sudah habis! yang ni untuk adik kecik kat sana tuu." menggunakan mikrofon. si budak lelaki itu pendang ketepi dengan menunjukkan reaksi wajah yang wajah itu mungkin akan berkata " ha, memang aku takkan dapat! ", dicampuri rasa malu, kecewa dan sedih ditujukan ke Emaknya.

Dia, si budak lelaki tadi kelihatan "istimewa" kerana dia berjalan 'pulang je pangkuan' emaknya untuk 'diadu' dan 'ditunjukkan'  seperti kanak-kanak istimewa dan gaya badannya juga seperti kanak-kanak yang 'istimewa'.

pada masa itu, Allah! hanya Allah sahaja yang tahu akan perasaan budak lelaki tersebut. aku yang melihatnya dari jarak dekat membuatkan 'hati' aku rasa seperti hendak menangis. ibu dan adik-adikku juga tundukkan pandangan semasa si " Dia " berlalu dihadapan meja makan kami. ketiga-tiga kami menunjukkan reaksi yang " sebenarnya kami nampak, tetapi buat2 tak nampak" kerana berasa kasihan akan si Dia tadi. Apakah perasaan dia pada waktu itu? pakah yang dia harapkan dari "masa" si "penjaga" keadaan tadi?

Belum sempat ku berdoa, tiba-tiba, seorang wanita daripada urus setia majlis tadi datang ke pengacara tersebut dan menghulurkan 12 keping sampul duit raya. Alhamdulillah! " Ha., ni ada duit Raya lagi ni, siapa tak dapat tadi mari dtg sini. jujur eh yg tk dpt tadi ni." bebel si Pengacara. Syukur! Dia berlari ke arah pengacara untuk nendapatkan "hadiah" nya. Alangkah gembiranya dia!. Apa yang mungkin dia fikir? adakah itu untuk modalnya esok ke sekolah? ataupun ia buat sesuatu yang amat diingininya? .

alangkah, bakinya seorang yang tidak dapat duit raya tadi. sedih dan "frust" mukanya itu dapat dibaca oleh semua orang. namun senyumannya juga tidak boleh menyembunyikan apa2. ibuku menyuruhku memberikan duit raya daripadanya ke budak yang senyum kambing tadi.

aku berlari kearahnya sambil mengatakan; nah, duit raya. ". senyuman yang digunakan tadi masih tidak "berangkat" dan berkata, " terima kasih!!!".

kami pun pulang.

semasa kami "baru sahaja" keluar dari kawasan acara tersebut, kelihatan budak istimewa tadi bersama ibunya dan adik perempuannya menaiki sebuah motor yang dipandu ibunya. alangkah sedihnya melihat "penampilan" keluarganya. 😢 amat sedih apabila teringatkan semasa dia mengambil duit raya "tak jadi " tadi.

ibuku menjelaskan mengapa dia memberikan duit raya ke orang yang lagi sorang tadi.( 😅 maaf, berbelit sedikit).  :

perasaan dan rasa syukur dia mendapat duit raya adalah 100%. kalau kaurang? orang bagi rm 2 rasa macam "alah.. 2 hinggit je" . agaknya kalau hilang pun korang tak kesah. tengok dia tadi, syukur sgt org bagi duit raya. entah2 untuk belanja sekolah dia. teringin nak makanan sedap2. syukorr sangat. sebabtulah jangan tengok "yang besar". tgk "yang kecik".

sekian.

ada kalanya, aku ingin bersama mereka yang lebih susah dariku. agar aku tahu apa itu erti 'nikmat' dan 'syukur'. kadang-kadng, apa yang "dibuang" oleh kita itu adalah "istimewa" buat mereka. sayu.. pada kita benda itu amat hodoh namun ia cantik pada pandangannya. syukurnya aku, Ya Allah.

ada hadis Nabi yang diriwayatkan oleh (aku tak ingat,) yang bermaksud, " Seseorang itu TIDAK AKAN dikatakan SYUKUR sehingga ia nengucapkan "terima kasih" ."

  tapi, setiap orang, ujiannya lain2 diberi oleh Yang Mencipta. apakan daya, hanya terus beristiqomah dan ingatlah padanya. in shaa Allah, mudah-mudahan.

wallahuaklam.


Comments

Popular posts from this blog

WHO AM I? *fam edition👩👧👦*

🌵 my sister's view bout me : " You love kidding and joking with your own self but more in a stupid way. " me : it's true hell 🌵 my other sister's view on me : " you just love to talk about love and live in your forever-never-real fantasies. A day without 'Harry Styles' is always wrong and i'm sick bout it. " me : AUCH IT HURTS GURL. and real. 🌵 my brother's thought bout me: *i show him beautiful women on instagram, and i asked him; " who's this? " and most of the time i said " doesn't she looked alike me? so she is meeeee "* " Yah it's youu. " " You.. " " Oh look here , you and you again! " me : AUCH. the lies are gorgeous. good job, boi. bye.

sajak " Jibam " by Ujang.

                          JIBAM   Dunia yang bulat adalah bersegi baginya  Benda yang Hodoh menjadi cantik pada pandangan mata  Katak pisang & binatang kecil adalah teman sepermainannya  Nyanyian untuknya Amat Pilu nengusik jiwa  Dia disambut bukan di pesta besar, ssmbutan yang diterimanya adalah sepak terajang dan Penghinaan.  Air mata adalah Teman  Tetapi tidak pernah mengertikan  Dia terus hidup.. Terus bermain dalam hidupnya  Memburai rahsia kematian orang yang disayanginya  Namun, dia tetap tabah. adapted from Jibam, by Ujang.

And I'm going to write about you anyway..

15th September; let your smart device play All Too Well & Love Story both in medieval instrumental while reading this. I would say it's the anthem of my heart during the event.   It's been 5 days since the event . Never I have ever imagined in my mind not even once that I met you. The last time we met when we were arranging the studios and partitions for our final submissions. You were there, and I were one of the batch representatives. You were sitting right in front of me, only talking to me, fulfilling the role of not knowing anybody else.    It's still fresh in my mind, how I mocked you about the disgusting storage room for our models, I sprayed it on your face how your batch is responsible as you guys are the seniors. Quite shocking that you literally agreed with my did-on-purpose argument. I was impressed not because it is uncommon for senior to accept suggestions, but the way you responded was as fascinating as your smile. You were so humble and easy going...

I cooked daging masak kicap w/o garam and minyak pun!! 🤪🐂

  entah do like sedap siot aku masak 😩 harini malas nak speaking hampa tak faham tak faham la maleh aku sibuk cakap bahasa orang lain, bahasa sendiri terbiar eh tiber ter-emo hahahahaha.  okay so cerita dia ayah aku ni kan garang gila. like garang sangat sampai aku kadang2 stress dengan diri sendiri sebab takut sangat. padahal bapak sendiri je pun.  😂 tak kisah la yang tu tapi time tu ayah aku ada mesej dalam group whatsApp, tanya lunch apa, sebab time tu dia otw balik and dia nak lunch kat rumah terus, malas nak beli2 dekat luar. tapi time dia mesej tu, aku dengan adik aku tengah tengok movie 😬 so mana ada masa ken nak baca and nak prepare masak kan. pastu masa tu dalam 20 minit lagi bapak aku nak sampai rumah, aku pulak baru jek baca mesej2 dia siot betul HAHAHAHA aku apa lagi pecut l keluarkan daging lembu keras beku mat dengan tak dipotong lagi.  so 20 minit dari sekarang, aku teruih rendam daging tu dalam air pastu mcm usik2 sikit ngan tangan biar dia cepat d...